Visi | Misi | Dasar Kualiti | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan
Ke Arah Kecemerlangan Ekonomi Perlis
Memajukan pembangunan hartanah yang berkualiti tinggi, pembangunan perindustrian dan pelaburan yang dapat menjana pembangunan ekonomi serta menyediakan peluang-peluang perniagaan dan latihan keusahawanan kepada peniaga atau pengusaha Bumiputera di Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis akan menjadi agensi pembangunan ekonomi yang terbaik di Negeri Perlis khususnya melalui:
- Pembangunan Hartanah
- Pembangunan Perindustrian
- Pelaburan
- Latihan Keusahawanan
PKENPs memberi komitmen untuk merancang, melaksana, mengurus dan menyiapkan projek-projek pembangunan hartanah yang telah dikenalpasti supaya perlaksanaannya dapat dilakukan dengan jaya, sempurna, menepati spesifikasi dan berkualiti serta menurut tempoh masa yang bersesuaian dan munasabah bagi memenuhi kehendak pelanggan
Dasar Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) & Anak Syarikat Kumpulan
PKENPs selaku badan korporat di bawah Kerajaan Negeri Perlis serta Anak Syarikat Kumpulan komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja dan juga pihak lain yang terlibat dengan organisasi ini. Semua anggota kerja bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja dan pihak lain yang berurusan dengan organisasi ini.
Bagi melaksanakan objektif tersebut, PKENPs serta Anak Syarikat Kumpulan setakat yang munasabahnya akan memastikan:
- Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain serta garis panduan Kumpulan PKENPs sebagai piawaian minima keselamatan dan kesihatan
- Sistem kerja yang sihat dan selamat disediakan tanpa memberi risiko kepada keselamatan, kesihatan dan alam sekitar
- Aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitra akan diurus selaras dengan aktiviti perniagaan anak syarikat
- Budaya kesihatan, keselamatan pekerjaan dan alam sekitar akan diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada pekerja
- Semua pekerja dan juga pihak luar yang berurusan dengan organisasi ini adalah komited dan mematuhi polisi ini sepanjang masa
(NORSIAKE BIN KASSIM)
Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
DENGAN IZIN ALLAH
Kami memberi komitmen untuk mempastikan segala program dan aktiviti yang dilakukan adalah ke arah pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri serta penyertaan Bumiputera selaras dengan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Kami berjanji akan melaksanaknya melalui:
- Mencetus dan merancang projek-projek baru dan berdaya maju berdasarkan maklumat dan maklumbalas yang tepat dan kemaskini bagi menepati hasrat kerajaan dan kepuasan pelanggan dalam bidang-bidang yang berikut:
- Pembangunan hartanah dan kawasan perindustrian
- Pembangunan bandar-bandar baru
- Pelaburan untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan penyertaan Bumiputera
- Bidang-bidang baru seperti industri berat, pertanian, komersil, pelancongan dan hospital, peruncitan/pemborongan, teknologi maklumat serta lain-lain aktiviti
- Sebagai agensi pelaksana kepada program-program pembangunan kerajaan yang ditetapkan dari masa ke semasa
- Melahir dan membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui khidmat nasihat, latihan, penyertaan ekuiti dan penerokaan bidang-bidang baru
- Mempastikan bahawa setiap projek yang dimajukan dapat disiapkan dalam tempoh maksima 30 bulan dari tarikh perlaksanaan atau mengikut jadual
- Menyediakan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan dan potensi projek-projek ekonomi di negeri Perlis
- Memainkan peranan utama supaya sektor perindustrian terus merupakan sebagai penyumbang utama kepada KDNK negeri Perlis
- Mempastikan bahawa sumber-sumber kewangan diuruskan secara sistematik, efisien dan menguntungkan
- Memberikan layanan penuh mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan PKENPs